Sukar terima kekalahan seperti ini – Faisal

Sukar terima kekalahan seperti ini – Faisal


FAISAL HALIM. Foto: Selangor FC

PEMAIN sayap sensasi Selangor FC, Faisal Halim mengakui sukar menerima kekalahan pasukannya selepas tunduk 0-2 kepada juara Liga Indonesia, Persib Bandung dalam aksi Kumpulan G Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) yang berlangsung pada Khamis.

Menurut Faisal, kekalahan itu amat mengecewakan memandangkan Selangor sudah bekerja keras melakukan persiapan untuk perlawanan tersebut namun gagal memanfaatkan peluang yang dimiliki.

“Kami bermain di tempat lawan menentang pasukan yang baik. Tapi kami bolos dua gol mudah iaitu satu daripada serangan balas dan satu lagi hasil sepakan penalti.

“Kami berlatih bersungguh-sungguh untuk perlawanan ini, jadi sukar untuk terima kekalahan seperti ini. Kami tak boleh kalah dengan cara begini. Tapi untuk masa depan, kami perlu belajar sesuatu daripada kekalahan ini dan terus bangkit sebagai satu pasukan,” katanya selepas perlawanan.

Faisal turut mengakui kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk menjaringkan gol, namun memuji ketenangan Persib yang berjaya memanfaatkan peluang mereka dengan baik.

“Kedua-dua pasukan ada peluang. Kami juga menyerang dan mencipta beberapa situasi bahaya, tetapi Persib berjaya menjaringkan gol yang baik,” tambahnya.

Kekalahan itu menyaksikan Selangor terus bergelut dalam kempen ACL2 selepas sebelum ini tewas 2-4 kepada Bangkok United dan kecundang dengan keputusan sama menentang Lion City Sailors.

Kini, skuad Gergasi Merah berada di kedudukan tercorot Kumpulan G tanpa sebarang mata selepas tiga perlawanan.

Ringkasan AI

  • PEMAIN sayap Selangor FC, Faisal Halim, rasakan sukar terima kekalahan 0-2 kepada Persib Bandung dalam Liga Champions Asia
  • Selangor gagal manfaatkan peluang walaupun sudah lakukan persiapan rapi
  • Kekalahan termasuk dari serangan balas dan sepakan penalti, Faisal tekankan perlu belajar dari kekalahan
  • Faisal puji ketenangan Persib yang manfaatkan peluang gol dengan baik
  • Selangor terus bergelut dalam ACL2, berada di kedudukan tercorot Kumpulan G tanpa mata selepas tiga perlawanan



Source link

OR

Scroll to Top