Sukma: Johor tidak berhasrat lobi jadi tuan rumah – Exco

Sukma: Johor tidak berhasrat lobi jadi tuan rumah – Exco


Mohd Hairi (berdiri, tiga dari kiri) bersama Kontinjen Sukma Johor 2024 lalu.

JOHOR tidak berhasrat membida hak penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) dalam masa terdekat bagi menggantikan Sukma 2020 yang ditangguh akibat pandemik Covid-19 lalu.

Menurut Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Mohd Hairi Mad Shah, pihaknya kini memberikan tumpuan kepada Sukma 2026 di Selangor dan seterusnya Sukma 2028 di Kelantan.

“Untuk melobi hak (sebagai tuan rumah Sukma) setakat ini tidak.

“Buat masa ini kita fokus kepada Sukma Selangor dan Sukma Kelantan. KIta harus tunggu giliran untuk menjadi tuan rumah,” katanya kepada pemberita.

Mohd Hairi berkata demikian pada sidang akhbar Program Ibadah Korban Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin, di Taman Skudai Kanan, di sini pada Ahad.

Mohd Hairi

Mohd Hairi

Sementara itu, Mohd Hairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin bagaimanapun menegaskan, persiapan telah dimulakan bagi mengharungi Sukma Selangor 2026.

“Pada Sukma Sarawak lalu, kita dapat, namun bagi Sukma Selangor ini kita sasarkan kedudukan tiga teratas. Jika berjaya menjadi juara itu adalah bonus.

“Pada Sukma Kuala Lumpur 2022 lalu, kejayaan selaku juara dibantu persiapan rapi yang telah dilakukan untuk menjadi tuan rumah pada 2020. Jadi untuk temasya akan datang persiapan juga telah dimulakan,” jelasnya.

Untuk rekod, pada Sukma 2022, Johor membawa pulang 77 emas, 52 perak dan 43 gangsa sekali gus muncul sebagai juara keseluruhan buat kali pertama dalam sejarah 36 tahun penganjuran temasya dwi tahunan itu.



Source link

OR

Scroll to Top