September 8, 2024

Sumpahan kucing terus hantui Brazil?

Sumpahan kucing terus hantui Brazil?


Brasilia: Nasib malang Brazil dalam kejohanan utama berterusan apabila mereka tersingkir dari Copa America.

Ia membawa kepada kemunculan teori ‘sumpahan kucing’ apabila penyokong juara dunia lima kali itu mengimbas kembali kepada insiden sidang media pada tahun 2022 untuk mencari jawapan kepada siri nasib malang menimpa Brazil.

Peristiwa itu berlaku di Piala Dunia Qatar apabila seekor kucing melompat ke atas meja semasa Vinicius Jr berhadapan dengan media.

Bintang Real Madrid itu mendapati ia lucu, sebelum pegawai media Brazil secara kasar mengangkat kucing itu dan membuangnya dari meja.

Kucing berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan namun penyokong mengikritik tindakan pegawai media berkenaan.

Sejak detik aneh itu, penyingkiran dari kejohanan dan faktor kecederaan pemain sering menghantui Brazil selama tempoh dua tahun yang suram.

Ia menyebabkan orang ramai melabel nasib yang menimpa Brazil itu sebagai ‘Canarinha’, atau ‘sumpahan kucing’.

Penyokong Brazil percaya mereka tidak mampu bangkit daripada siri kejadian malang yang mereka alami.

Mereka sudah mengalami lima kejadian berbeza sejak sidang media Vinicius, antaranya tersingkir awal di Piala Dunia 2022, Neymar mengalami kecederaan serius serta terbaru tersingkir pada suku akhir Copa America.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top