Sunat angkat jari tengah – Ustaz Azhar Idrus

Sunat angkat jari tengah – Ustaz Azhar Idrus


DALAM melayari kehidupan seharian, kita sebagai umat Islam tidak akan terlepas daripada hukum atas setiap tindak-tanduk perbuatan yang dilakukan seperti harus, sunat, makruh, haram dan wajib.

Sebesar-besar mahupun sekecil-kecil perbuatan, pasti tidak terlepas daripada lima hukum ini. Persoalannya, apakah hukum mengangkat jari tengah?

Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, setiap perbuatan yang dilakukan manusia bergantung kepada tujuannya.

Beliau kemudiannya mempersoalkan kembali, apa tujuan kita mengangkat jari tengah?

USTAZ Azhar menunjukkan cara-cara membasuh dubur menggunakan jari tengah. Foto YouTube Ustaz Azhar Idrus

“Jika mengangkat jari tengah untuk tujuan istinjak, hukumnya ialah sunat.

“Kerana disebutkan dalam kitab-kitab fiqah, bab istinjakm sunat untuk mengangkat jari tengah ketika membasuh dubur (selepas membuang air besar),” katanya di akaun YouTube miliknya sambil menunjukkan cara-cara mengangkat jari tengah tersebut.

Tambah Ustaz Azhar, ALLAH SWT mencipta jari-jari manusia atas tujuan tertentu.

“Contohnya jari kelengkeng, ia digunakan untuk mengorek telinga. Masuklah ke dalam telinga, ia tidak akan kena gegendang telinga.

“Berbanding mengorek telinga menggunakan putik kapas. Kadangkala ada masa kita ‘terjolok’ ke dalam telinga sehingga bingung kepala,” jelasnya.

SUNAT mengangkat jari telunjuk ketika duduk tahiyat. Foto Canva

SUNAT mengangkat jari telunjuk ketika duduk tahiyat. Foto Canva

Ujarnya, jari manis pula digunakan untuk memakai cincin manakala jari telunjuk digunakan untuk menunjukkan sesuatu.

“Ketika tahiyyat, jari telunjuk diangkat sebagai isyarat ALLAH itu satu. Jari telunjuk juga digunakan untuk menunjukkan pokok, rumah, masjid dan sebagainya.

“Ibu jari pula digunakan untuk BRIM (merujuk kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia), kita tidak boleh ambil bantuan (tanpa cap ibu jari),” katanya dengan nada bergurau.

Bagaimanapun ujarnya, hukum mengangkat jari tengah untuk tujuan mencarut ialah haram di sisi Islam.



Source link

OR

Scroll to Top