Suria KLCC meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina

Suria KLCC meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina

Suria KLCC meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina


kartika@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Kumpulan Suria KLCC terus memperkukuh kedudukannya sebagai pemacu aktiviti runcit dan gaya hidup bandar apabila melancarkan kempen sambutan Tahun Baharu Cina bertemakan Tahun Kuda.

Kempen tahun ini tidak hanya meraikan perayaan budaya, malah menyokong pertumbuhan perbelanjaan pengguna serta keterbabitan komuniti di kawasan segi tiga emas ibu negara.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan berkata, pendekatan berasaskan pengalaman itu selari dengan peranan Suria KLCC sebagai destinasi runcit ikonik yang melangkaui fungsi pusat beli-belah konvensional.

“Suria KLCC bukan sekadar tempat beli-belah, tetapi ruang untuk mencipta pengalaman dan kenangan.

“Sambutan Tahun Baharu Cina ini membolehkan kami menyatukan elemen budaya, gaya hidup dan komuniti, di samping merangsang aktiviti ekonomi dalam ekosistem KLCC,” katanya dalam kenyataan.

Berlangsung dari 16 Januari hingga 18 Februari 2026, kempen itu dijangka merangsang aliran pengunjung ke Suria KLCC, Taman KLCC dan keseluruhan Presint KLCC, sekali gus memberi limpahan ekonomi kepada penyewa runcit, sektor makanan dan minuman (F&B) serta pemain pelancongan bandar.

Suria KLCC memanfaatkan pendekatan pengalaman imersif sebagai strategi perniagaan dengan ‘Centre Court’ ditransformasikan kepada pameran perayaan berskala besar menampilkan Karusel Kuda Oriental sebagai tarikan utama.

Inisiatif ini disokong elemen interaktif seperti ‘Lotus Pond of Blessings’, pavilion tradisional Cina dan ruang fotografi yang direka untuk meningkatkan tempoh lawatan dan kadar perbelanjaan pengunjung.

Selain itu, kempen perayaan itu diperkukuh dengan Program Ganjaran Pembeli bagi menggalakkan perbelanjaan bernilai tinggi, termasuk tawaran e-Baucar Suria KLCC bernilai RM100 untuk pembelian RM2,500 ke atas, serta insentif tambahan bagi pembelian e-baucar secara dalam talian.

Francis berkata, Suria KLCC juga meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan mengintegrasikan inisiatif kesedaran kesihatan mental ke dalam kempen perayaan, membolehkan pengguna menyumbang kepada tujuan sosial sambil berbelanja.

Katanya, pendekatan sama turut diperluaskan ke aset runcit lain di bawah kumpulan itu, Alamanda Putrajaya yang berlangsung dari 23 Januari hingga 18 Februari 2026, menampilkan konsep taman Oriental berteraskan keluarga dengan ganjaran belanja bermula RM600 serta aktiviti kanak-kanak menerusi program ViKids.

Di Pantai Timur pula, Mesra Mall memanfaatkan momentum perayaan dari 29 Januari hingga 18 Februari 2026 dengan pendekatan komuniti setempat, menawarkan bengkel keluarga, persembahan tarian singa serta ganjaran baucar kepada pembeli awal bagi merangsang perbelanjaan domestik di luar Lembah Klang.

“Secara keseluruhan, kempen Tahun Kuda oleh Kumpulan Suria KLCC mencerminkan strategi runcit bersepadu yang menggabungkan budaya, pengalaman dan insentif komersial dalam usaha mengekalkan daya tarikan pusat beli-belah fizikal di tengah perubahan tingkah laku pengguna dan persaingan runcit digital,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top