Suspek pecah rumah kena cekup selepas berpatah balik ambil barang

Suspek pecah rumah kena cekup selepas berpatah balik ambil barang


am@hmetro.com.my

Bayan Lepas: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung penahanan seorang lelaki di Batu Maung di sini, hari ini yang memecah masuk rumah pempengaruh TikTok dikenali sebagai Choii.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai memasuki rumah itu menerusi pintu belakang ketika pembantu rumah keluar membuang sampah.

“Apabila menyedari kehadiran pengadu, suspek berjaya melarikan diri namun berpatah balik ke rumah berkenaan bagi mengambil barang yang tertinggal.

“Pada masa itu juga suspek berjaya ditangkap pengadu bersama rakan-rakannya sebelum menyerah lelaki itu kepada polis peronda (MPV) yang bertugas di Zon 3 Batu Maung,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Sazalee berkata, hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamin, amphetamine dan benzodiazepine serta kesalahan lampau berkaitan dadah.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Balik Pulau esok bagi mendapatkan perintah permohonan reman.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

“Polis menasihati orang ramai supaya sentiasa memastikan pintu dan tingkap rumah sentiasa dikunci dengan baik serta memastikan sistem keselamatan berada dalam keadaan berfungsi bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya lagi.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top