Suspek rotan budak enggan baca al-Quran ditahan polis

Suspek rotan budak enggan baca al-Quran ditahan polis



mhafis@mediaprima.com.my

Ampang Jaya: Hanya kerana enggan membaca al-Quran seorang kanak-kanak lelaki warga Somalia luka di belakang badan dipukul dengan rotan oleh guru mengaji warga Afrika di Kampung Melayu Ampamg, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazruel Ekram Abu Saare berkata, bapa mangsa, 40, membuat laporan polis, 22 Disember lalu 3 petang apabila terdapat kesan luka di belakang badan anaknya, 12, akibat dipukul suspek, 37, menggunakan rotan.

Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut.

“Punca mangsa dipukul adalah kerana enggan membaca al-Quran seperti diarah oleh suspek di mana dia baru seminggu belajar di situ.

“Susulan itu, suspek ditahan pada 5.45 petang 23 Disember lalu oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah(BSJD) Ampang Jaya di Jalan Permai Taman Dato Ahmad Razali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semakan dapati suspek tiada rekod lampau dan ujian saringan air kencing dapati negatif dadah.

“Suspek direman seminggu bermula 24 Disember lalu hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 merujuk kepada penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

“Pihak polis memberikan amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam apa-apa perbuatan penderaan atau pengabaian pada kanak-kanak,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top