Sweet Qismina menang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di AIFFA 2025 pula

Sweet Qismina menang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di AIFFA 2025 pula


am@hmetro.com.my

Kuching: Filem Tenement dari Kemboja dinobatkan sebagai Filem Terbaik sekali gus menewaskan tujuh pencalonan lain pada Festival Filem dan Anugerah Antarabangsa ASEAN (AIFFA 2025), di sini, malam tadi.

Tujuh pesaing lain ialah filem Inside the Yellow Cocoon Shell (Vietnam), Some Nights I Feel Like Walking (Filipina), Abang Adik (Malaysia), The Gospel of the Beast (Filipina), Crocodile Tears (Indonesia) dan Home Sweet Loan (Indonesia).

Tenement, sebuah karya seram yang diadaptasi daripada novel popular berjaya memikat panel juri dengan penceritaan gelap dan nuansa misterinya.

Bagi kategori Pengarah Terbaik, kemenangan menjadi milik Pham Thien An dari Vietnam menerusi filem Inside the Yellow Cocoon Shell.

Manakala kategori Lakon Layar Terbaik (Best Screenplay) pula dimenangi filem The Gospel of the Beast dari Filipina.

Filem Inside the Yellow Cocoon Shell (Vietnam) turut merangkul kategori Penyuntingan Filem Terbaik, sementara filem Some Nights I Feel Like Walking (Filipina) diumumkan sebagai pemenang Sinematografi Terbaik.

Pelakon Sweet Qismina pula diumumkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Babah, manakala Ronnie Lazaro (Filipina) dipilih sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik melalui filem The Gospel of the Beast.

Sementara itu, kategori Pelakon Lelaki Terbaik mencatat sejarah apabila Wu Kang-Ren dari Malaysia menerusi filem Abang Adik dan Jomari Angeles (Filipina) melalui filem Some Nights I Feel Like Walking diumumkan sebagai pemenang.

Kategori Pelakon Wanita Terbaik pula menyaksikan kemenangan Yunita Siregar dari Indonesia melalui lakonannya dalam filem Home Sweet Loan.

AIFFA 2025 juga menganugerahkan dua Anugerah Khas Juri, masing-masing filem Tegkang dari Malaysia dan Waiters dari Brunei.

Sementara pengarah tersohor Filipina, Lav Diaz menerima Anugerah Sepanjang Zaman, manakala Anugerah Inspirasi ASEAN diberikan kepada pelakon legenda Hong Kong, Simon Yam.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top