Syafiq Kyle 'anak emak'

Syafiq Kyle 'anak emak'


am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: “Syafiq memang ‘anak emak’, tapi ia ke arah yang baik dan positif,” kata pelakon, Mimi Lana, 30, ketika ditanya hubungan akrab suaminya iaitu pelakon Syafiq Kyle dan ibunya, Rohaya Sulaiman.

Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin berkata, Syafiq memang sangat rapat dan manja dengan ibunya.

“Semua orang pun nampak bagaimana Syafiq melayan ibunya dengan baik serta mesra pada majlis tayangan filem lakonannya atau ketika ditemubual.

“Jadi, kalau ada orang tanya adakah layanan dia pada saya sama seperti ibunya, kita harus faham, Syafiq sudah hidup bersama dengan ibunya berpuluh tahun dan berbeza dengan saya,” katanya.

Ditanya penerimaan keluarga Syafiq, kata Mimi, dirinya juga diterima dengan baik dalam keluarga suaminya itu.

“Saya tidak berasa seperti orang luar kerana mereka sekeluarga menerima kehadiran saya dengan baik.

“Pada masa sama, saya juga menantu perempuan dalam keluarga kerana adiknya juga lelaki,” katanya.

Terdahulu, menerusi video di TikTok, Mimi berkongsi mengenai sisi sebenar Syafiq yang sangat akrab dengan ibunya serta hubungan baik bersama ibu mentuanya yang sudah lama dikenali sejak mereka mula bercinta.

Mimi berkata, dia juga sudah lama mengenali keluarga Syafiq sejak mereka menjalinkan hubungan cinta selama 10 tahun.

Katanya, ibu mentuanya itu juga sangat baik dan lembut orangnya serta sangat memahami perangai serta mengetahui turun naik dalam hubungan mereka selama ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top