Perkongsian seorang penjual kereta mewah (recon) di TikTok menjadi perhatian apabila memuat naik gambar bersama pelakon Syafiq Kyle yang dikhabatkan membeli Lamborghini SVJ berwarna biru.
Diruangan komen, rata-rata netizen teruja serta tertanya-tanya adakah benar Syafiq membeli kereta mewah berkenaan dan penjual kereta tersebut mengesahkan aktor tersebut membeli kereta berkenaan.
BACA: Syafiq Kyle Dedah Sebelum Kahwin Lagi Mimi Lana Teringin Anak Kembar

Sementara itu, menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu kagum dengan kejayaan Syafiq membeli kereta berkenaan serta mendedahkan bayaran bulanan kereta tersebut mencecah RM39,000.
Dalam hantaran tersebut turut disertakan iklan kereta berkenaan bersama harga yang tertera bernilai RM3 juta. Kata individu itu lagi, tidak mustahil untuk Syafia membeli kereta berkenaan kerana muncul dalam beberapa filem untuk setahun.







