Syahid Dit*mbak, Wartawan Palestin Saleh Aljafarawi Tinggalkan Wasiat Menyentuh Hati

Syahid Dit*mbak, Wartawan Palestin Saleh Aljafarawi Tinggalkan Wasiat Menyentuh Hati

Syahid Dit*mbak, Wartawan Palestin Saleh Aljafarawi Tinggalkan Wasiat Menyentuh Hati


Dunia kewartawanan sekali lagi berduka apabila wartawan Palestin, Saleh Aljafarawi, dilaporkan maut ketika membuat liputan pertempuran di Bandar Gaza, hanya beberapa hari selepas tercetusnya gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Semenanjung Gaza.

Menurut sumber Palestin kepada Al Jazeera Arabic, wartawan berusia 28 tahun ditembak mati oleh kumpulan bersenjata ketika bertugas di kawasan kejiranan Sabra.

Agensi Sanad, milik Al Jazeera, turut mengesahkan rakaman video yang tular menunjukkan jasad Aljafarawi terbaring di belakang sebuah trak, lengkap memakai jaket kalis peluru bertanda ‘PRESS’.

Dalam pada itu, pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Amin menerusi laman Facebook turut berkongsi antara warkah terakhir Aljafarawi yang cukup menyentuh hati.

“Allah Maha Mengetahui bahawa aku telah mengerah segala tenaga dan kemampuan untuk menjadi suara rakyatku.

“Teruskan perjuangan dan keteguhan yang kami yakini.

“Jangan sangka kesyahidanku pengakhiran, bahkan ia permulaan kepada jalan panjang menuju kebebasan.

“Jika kamu mendengar berita tentangku, jangan tangisi aku kerana aku telah lama mendambakan saat ini, dan aku memohon kepada Allah agar mengurniakannya kepadaku,” tulisnya.

Sumber: Berita Harian

Kredit foto: Al Jazeera



Source link

OR

Scroll to Top