Syahredzan Johan yakin kedudukan kerajaan tetap stabil walau DAP tinggalkan Kabinet

Syahredzan Johan yakin kedudukan kerajaan tetap stabil walau DAP tinggalkan Kabinet


Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan yakin bahawa kedudukan kerajaan tetap stabil dan tidak berdepan risiko tumbang sekiranya DAP tinggalkan kabinet.

Menurut laporan Malaysia Kini, beliau berkata jika tuntutan reformasi dalam tempoh enam bulan tidak dipenuhi, tindakan yang mungkin diambil DAP hanyalah menarik diri daripada Kabinet, namun parti itu tetap akan bersama dalam komponen Pakatan Harapan (PH).

Kedudukan kerajaan tetap stabil

Kedudukan kerajaan tetap stabil

Beliau turut menegaskan bahawa agenda pembaharuan institusi bukan perjuangan DAP semata-mata, sebaliknya komitmen bersama PH sejak awal lagi.

“Mempergiatkan usaha untuk meneruskan pembaharuan institusi pada tahun hadapan adalah langkah ke arah kembali kepada asas.
“Ramai yang mungkin terlupa, tiga parti teras PH iaitu DAP, PKR dan Amanah, bukanlah kawan baru.
“Ya, memang ada pertikaian, perbalahan, kritikan dan juga serangan antara kami, tetapi kami kekal bersama dan akan terus bersama,” katanya.

Artikel lain: MCA tegaskan masih ‘hidup’ dalam politik, sedia bangkit hadapi PRU

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke memaklumkan partinya akan menilai semula peranannya dalam kerajaan jika Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal melaksanakan reformasi bermakna dalam tempoh enam bulan akan datang.

Sumber: Malaysia Kini





Source link

OR

Scroll to Top