Syarikat Rakaman Turunkan MV Seksi Dolla

Syarikat Rakaman Turunkan MV Seksi Dolla


Selepas dikecam teruk, Universal Music Malaysia membuat keputusan untuk menurunkan video muzik terbaharu kumpulan Dolla berjudul Question. 

Menurut Universal Music Malaysia, pihak mereka meneliti semula keseluruhan kandungan video serta mengambil kira maklum balas masyarakat.

BACA: “Dolla Tolonglah Berubah..Makin Ghairah, Memalukan” 

Tambah pihak syarikat rakaman itu lagi, keputusan itu bukan sekadar respons kepada kritikan sebaliknya mereka turutu bertanggunjawab di atas apa yang berlaku. 

“Sebagai sebuah syarikat rakaman yang beroperasi dalam ekosistem majmuk seperti Malaysia, kami sentiasa menghormati nilai budaya, sensitiviti agama dan pandangan peminat.

“Kami mengambil serius semua maklum balas dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kekhilafan yang berlaku.

“Kami percaya bahawa kreativiti dan ekspresi seni perlu seiring dengan kepekaan terhadap norma setempat.

“Oleh itu, keputusan untuk menurunkan video muzik tersebut adalah langkah yang wajar demi menjaga keharmonian dan rasa hormat semua pihak,” katanya.

Dalam pada itu, Universal Music Malaysia berkata pihaknya juga akan memastikan isu tersebut tidak akan berulang dan apa saja projek dihasilkan akan melalui proses semakan lebih ketat.






Source link

OR

Scroll to Top