Pelakon Syifa Melvin selamat melahirkan cahaya mata kedua.
Berita tersebut dikongsikan adik ipar Syifa yang juga pemain bola sepak, Alfi Rasid, menerusi Instagram Story dengan ucapan tahniah kepada Syifa dan Safawi.

Dalam pada itu, beberapa perkongsian di media sosial turut menunjukkan Safawi Rashid mendukung bayi perempuan, sekali gus mencuri perhatian peminat yang mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.
Untuk rekod, Syifa mendirikan rumah tangga dengan Safawi pada November 2022 dan pasangan ini sebelum ini sudah memiliki seorang anak lelaki.





