Synology rai ulang tahun ke-25 dengan perkenal produk utama fasa seterusnya 

Synology rai ulang tahun ke-25 dengan perkenal produk utama fasa seterusnya 


KUALA LUMPUR: Synology mengumumkan fasa  seterusnya dalam usaha melindungi data di seluruh dunia sempena ulang  tahun ke-25 inovasinya.

Synology memanfaatkan momentum yang telah dibina  sepanjang tempoh tersebut dengan memperkenalkan rangkaian penyelesaian baharu  yang merangkumi sandaran pintar, storan bertaraf perusahaan, serta penyelesaian  kolaborasi yang memenuhi keperluan pematuhan bagi membantu organisasi  memperkukuh daya ketahanan siber dan mengemudi era pertumbuhan data yang  pesat.  

“Transformasi digital terus menjadi pemacu utama pertumbuhan data,” kata  Thachawan Chinchanakarn, Ketua Asia Tenggara di Synology.

Momentum kukuh  itu katanya, mendorong permintaan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian  berteknologi maju. 

Synology memperkenalkan produk baharu untuk penyimpanan data dan pengurusan.

Menurut Ramalan Global IDC Worldwide, menjelang tahun 2025 dunia dijangka  menjana sebanyak 175 zettabait data dan dalam tempoh sedekad seterusnya,  jumlah itu dijangka meningkat lebih daripada 10 kali ganda, melebihi 2,100  zettabait.  

Selain itu, Tinjauan Trend Transformasi Digital Synology 2025 mendapati hampir  90 peratus perniagaan di Asia Tenggara telah pun melabur dalam transformasi digital – bukan sekadar sebagai rancangan, tetapi sebagai komitmen strategik. Namun,  cabaran masih wujud: 85 peratus organisasi berada pada peringkat awal dan  walaupun lebih 55 peratus pernah mengalami serangan siber, hanya satu daripada lima  menyatakan keyakinan terhadap keupayaan pemulihan mereka. 

“Momentum kukuh ini terus mendorong permintaan yang semakin meningkat  terhadap penyelesaian berteknologi maju,” tambah Thachawan.

Dengan pengalaman selama 25 tahun serta ekosistem pengurusan data bersepadu  yang kini menggerakkan lebih 14 juta pemasangan, melindungi 25 juta titik hujung,  dan menyambungkan dua juta kamera, Synology terus menjadi rakan dipercayai yang  membantu organisasi mempercepatkan transformasi digital dengan selamat, cekap  dan mampan. 

“Dalam tempoh lima tahun yang lalu, Synology terus meraih kepercayaan perusahaan  dan organisasi di Malaysia, dengan hampir dua kali ganda peningkatan hasil,” kata  Jason Sin, Pengurus Negara Synology Malaysia. “Dengan portfolio kami yang kini  diperluas, pelanggan perniagaan di Malaysia mempunyai lebih banyak penyelesaian  yang disesuaikan bagi memenuhi keperluan mereka yang pelbagai dan khusus.” 

Banyak syarikat dan perusahaan terkemuka di rantau ini mengiktiraf Synology bukan  sahaja sebagai penyedia teknologi, tetapi juga sebagai rakan strategik yang  dipercayai dalam meningkatkan kecekapan operasi dengan memperkukuh daya  ketahanan siber.

Didorong oleh gelombang transformasi digital, perniagaan Synology  di Malaysia telah berkembang dengan ketara, dengan kadar penggunaan oleh  perusahaan meningkat sebanyak 130 peratus dalam tempoh lima tahun. Ini mencerminkan  keyakinan kukuh yang diberikan oleh perusahaan terhadap Synology dalam  memenuhi keperluan IT mereka yang semakin berkembang.  

Awal tahun ini, Synology telah melancarkan ActiveProtect, sebuah peranti sandaran  khusus yang direka untuk perusahaan bagi melindungi pelbagai beban kerja di  pelbagai lokasi.

Dengan rangkaian model yang menawarkan kapasiti antara 8TB  hingga 140TB, ia memenuhi keperluan pelbagai senario perusahaan sambil  menyediakan sandaran tidak boleh diubah (immutable backups), keupayaan jurang  udara (air-gap capabilities), serta sokongan pematuhan peraturan, sekali gus  menawarkan pertahanan kukuh terhadap ancaman siber yang semakin berkembang. 

Selain daripada penyelesaian perlindungan data, Synology turut memperkenalkan  PAS7700 yang baharu, storan perusahaan all-NVMe pertamanya.

Ia memberikan  prestasi ultra dengan seni bina NVMe hujung-ke-hujung (end-to-end), mencapai  sehingga 2 juta IOPS dengan daya pemprosesan 30 GB/s dengan kependaman  kurang daripada 1 milisaat. Seni bina aktif-aktif (active-active architecture)  memastikan ketersediaan berterusan manakala penyulitan teguh dan prestasi gred  perusahaan menjadikannya sesuai untuk beban kerja kritikal misi (mission-critical  workloads).  

Melangkah ke hadapan, Synology akan membawakan keupayaan dikuasakan oleh  kecerdasan buatan (AI) ke dalam Synology Office Suite, termasuk Pengecaman  Karakter Optik (OCR), carian semantik, ringkasan, dan terjemahan masa nyata. Ciri ciri ini akan dikuasakan oleh server di premis (on-premises servers) bagi memastikan  data sensitif kekal sulit dan membolehkan organisasi bekerjasama dengan kaedah  yang lebih pintar serta terjamin keselamatannya.  

“Ketahanan siber kini menjadi keutamaan utama bagi pemimpin IT di seluruh dunia,  penting untuk memastikan kesinambungan perniagaan dan daya saing perusahaan,  tegas Thachawan Chinchanakarn.

“Portfolio kami mencerminkan komitmen Synology dalam menyediakan penyelesaian  yang mudah, boleh diskala dan selamat, bagi memperkasa perniagaan melindungi  aset paling kritikal mereka serta terus maju dalam era digital.”  – UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top