Syukur Badan Tak ‘Gelembung’ Lagi, Jasmin Hamid Kongsi ‘Before vs After’ Bariatrik – “Saya Jadi Murung Masa….”

Syukur Badan Tak ‘Gelembung’ Lagi, Jasmin Hamid Kongsi ‘Before vs After’ Bariatrik – “Saya Jadi Murung Masa….”

Syukur Badan Tak ‘Gelembung’ Lagi, Jasmin Hamid Kongsi ‘Before vs After’ Bariatrik – “Saya Jadi Murung Masa….”


Pelakon Jasmin Hamid mencuri perhatian apabila berkongsi video ‘before vs after’ di Instagram, memaparkan perubahan fizikal selepas menjalani pembedahan bariatrik.

Berkongsi perkara terbabit menerusi sebuah hantaran di Instagram, Jasmin mendedahkan dia pernah berdepan tekanan emosi apabila fizikalnya menjadi bualan dan menerima komen negatif orang ramai.

Dalam kapsyen yang ditulis, Jasmin meluahkan rasa syukur apabila perubahan selepas prosedur berkenaan membuatkan tahap keyakinan dan kesihatannya kembali bertambah baik.

“Syukur Alhamdulillah sebab saya dah tak gelembung lagi lepas buat Bariatric Surgery dengan doktor yang di perkenalkan oleh kawan baik saya Zarina Zainuddin.

“Bila doktor check, saya dah ada fatty liver rupanya. Saya jadi murung masa badan saya gelembung sebab mulut jahat manusia yang hanya tau komen dan ‘condemn’,” tulisnya.

Dalam pada itu, bintang drama bersiri 7 Hari Mencintaiku ini mendedahkan dia sudah melakukan pelbagai usaha untuk mengurangkan berat badan namun tidak berjaya.

“Dah macam-macam cara saya nak kurus dan sihat tapi semua usaha saya hampa sebab metabolism saya makin rendah dan jalan terakhir adalah Bariatric Surgery.

“Macam-macam orang takutkan saya pasal Bariatric Surgery tapi bila saya dah lalui sendiri, inilah adalah procedure yang selamat untuk kurus dan sihat. Tambahan pula ia di lakukan oleh Doktor yang bertauliah dan yang terbaik di Asia Pacific.

“Doktor akan lakukan medical check up sebelum buat procedure untuk pastikan, setiap pesakit layak ataupun tidak untuk buat Bariatric Surgery. Doktor tak akan buatkan surgery jika kesihatan pesakit tak mengizinkan walaupun kita banyak duit dan sanggup untuk bayar mahal,” tulisnya lagi.

Perkongsian itu turut memperlihatkan bagaimana Jasmin menyifatkan pengalaman dilalui sebagai langkah terakhir selepas pelbagai usaha dilakukan sebelum ini tidak berhasil.

Dalam masa sama, Jasmin menegaskan prosedur tersebut hanya dilakukan selepas pemeriksaan kesihatan dibuat dan bergantung kepada kelayakan pesakit.



Source link

OR

Scroll to Top