Sze Fei–Izzuddin benam Korea Selatan, mara separuh akhir

Sze Fei–Izzuddin benam Korea Selatan, mara separuh akhir


sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei–Nur Izzuddin Rumsani menepati ramalan apabila mara ke separuh akhir Masters Indonesia, hari ini.

Pasangan nombor sembilan dunia itu mempamerkan dominasi penuh untuk menyingkirkan gandingan Korea Selatan, Song Hyun Cho–Lee Jing Min 21-17, 21-13 dalam tempoh 34 minit pada aksi suku akhir di Istora Senayan.

Kejayaan itu menandakan penampilan separuh akhir ketiga Sze Fei–Izzuddin dalam lima kejohanan Jelajah Dunia terakhir yang mereka sertai.

Sze Fei–Izzuddin menamatkan musim 2025 dengan penampilan separuh akhir berturut-turut pada Masters Kumamoto di Jepun dan Terbuka Australia pada November lalu.

Keputusan di Jakarta ini juga menjadi pencapaian terbaik mereka bagi musim 2026 selepas tersingkir di pusingan kedua Terbuka Malaysia dan Terbuka India sebelum ini.

Bekas naib juara Asia itu dijadual bertemu pemenang perlawanan antara gandingan Denmark, Daniel Lundgaard–Mads Vestergaard dengan kombinasi Korea Selatan–Malaysia, Choi Sol Gyu–Goh V Shem bagi perebutan tiket ke final, esok.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top