Sze Fei-Nur Izzuddin tumbangkan beregu Indonesia dalam masa 81 minit

Sze Fei-Nur Izzuddin tumbangkan beregu Indonesia dalam masa 81 minit


Sze Fei-Nur Izzuddin cipta sensasi di Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, China pada Sabtu

BEREGU lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani melangkah ke perlawanan akhir Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2024 di Hangzhou, China pada Sabtu.

Sze Fei-Nur Izzuddin mara selepas menyingkirkan cabaran wakil Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dalam aksi separuh akhir.

Set pertama perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Olimpik Hangzhou itu menyaksikan Sze Fei-Nur Izzuddin bermula sedikit gemuruh apabila tewas kepada gandingan nombor empat dunia itu 17-21.

Set kedua Sze Fei-Nur Izzuddin kembali memperkemaskan permainan berjaya menyamakan kedudukan dengan kemenangan 21-16 ke atas Fajar Alfian-Rian Ardianto.

Set penentuan Sze Fei-Nur Izzuddin dan Fajarn-Muhammad Rian masing-masing tampil lebih agresif apabila saling bertukar mara yang akhirnya dimenangi gandingan negara 27-23 dalam masa 81 minit.

Sze Fei-Nur Izzuddin sebelum itu mencipta kejutan apabila menjinakkan cabaran juara Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Paris 2024, Lee Yang-Wang Chi-Iin dari Taiwan dalam kempen kumpulan.

Beregu nombor tujuh dunia tersebut sebelum itu hadir ke gelanggang diinspirasikan kemenangan ke atas wakil Taiwan, Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan, 15-21 21-19 21-13 dalam masa 53 minit.

Sze Fei-Nur Izzuddin bermula garang berdepan Lee Yang-Chi-lin yang jauh berpengalaman ternyata berdepan saingan sengit sebelum menang 23-22. 21-12 dalam masa 42 minit

Sze Fei-Nur Izzuddin memulakan kempen Kumpulan A berdepan jagoan Denmark, Anders Skaarup Rasmussen-Kim Astrup dengan langkah kiri apabila tewas 18-21, 21-16, 21-14 dalam masa 74 minit.



Source link

OR

Scroll to Top