July 15, 2024

Taekwondo, silat jelmakan emas di AUG 2024

Taekwondo, silat jelmakan emas di AUG 2024


SKUAD taekwondo negara menceriakan pemburuan misi 35 pingat emas temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya Malang 2024 apabila membutirkan medal itu hari kesembilan di Gedung Samantha Krida Universitas Brawijaya (UB) pada Khamis.

Sentuhan trio wanita, Nur Humaira Abdul Karim, Wong Zin dan Seah Jing Ying mengutip mata tertinggi 7.735 mata untuk kilauan emas mengatasi pencabar terdekat dari Vietnam (7.720 mata) dan Singapura (7.430 mata) acara poomsae berpasukan wanita akhir.

Biarpun begitu Nur Humaira mengakui Vietnam yang tampil dengan fleksibiliti menghadirkan saingan sengit, namun diimbangi keupayaan aksi berdisiplin skuad negara.

“Sesi latihan berterusan walaupun berlatih bersendirian kami terbalas dengan kilauan pingat emas di Malang.

“Kita juga tidak pernah berhenti menjalani latihan walaupun jurulatih kami Jin Jun-beom pulang ke Korea Selatan kerana ibunya meninggal dunia. Kami tetapi menjalani latihan secara bersendirian selama kira-kira tiga minggu.

“Kita sebelum ini terlepas pingat emas jadi kita fokus pada acara ini, persembahan antara semua pasukan lebih kurang tetapi pasukan yang kurang melakukan kesilapan muncul pemenang,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Humaira turut memberikan penghargaan kepada Jun-beom yang kekal bersama mengendalikan skuad taekwondo ke AUG 2024 kali ini.

“Jurulatih balik ke sini semata-mata untuk lihat kami bertanding walaupun beliau tidak boleh balik lagi dan kena tunggu sehingga 49 hari.

“Kami ucap terima kasih kerana beliau datang dan kehadirannya memang menaikkan semangat kami di AUG 2024,” katanya.

Sementara itu, skuad pencak silat negara meraih pingat emas pertama edisi AUG. 2024 menerusi acara silat seni Ganda Putera di UMM Dome, Universitas Muhammadiyah Malang.

Gandingan negara, Maizal Mazlin Mansor-Muhammad Azri Farhan Mohamad Azri memperaga aksi mantap bagi mengumpul menghimpun 9.940 mata bagi mengecewakan gandingan Indonesia, Leonard Waroka-Irfan Maulana yang mengutip 9.900 mata.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top