Tahanan polis bolos ketika terima rawatan di hospital

Tahanan polis bolos ketika terima rawatan di hospital

Tahanan polis bolos ketika terima rawatan di hospital


audreymd@nst.com.my

Nibong Tebal: Seorang tahanan reman polis melarikan diri ketika sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Bakap di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, ketika kejadian kira-kira jam 3.45 petang itu suspek memakai pakaian hospital berwarna biru dan putih.

“Tahanan tersebut dikenali sebagai Clemont Siluasegram, 47, yang direman bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 457 dan 379A Kanun Keseksaan membabitkan kes pecah rumah dan curi motosikal di kawasan Sungai Bakap.

“Suspek dibawa ke Hospital Sungai Bakap pada Khamis untuk rawatan selepas dilaporkan mengalami sawan. Susulan itu, polis melancarkan Op Tutup bagi mengesan suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Alwi berkata siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan kerana kecuaian oleh penjawat awam sehingga menyebabkan tahanan lari daripada kurungan yang sah.

Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan yang sah.

Mohd Alwi menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk menghubungi pegawai penyiasat, Penolong Penguasa Polis (ASP) Cheok Kian Soon di talian 012-619 3878, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di talian 04-585 8222 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top