Moscow: Sekurang-kurangnya lima tahanan politik Russia dipindahkan dari penjara dalam tempoh beberapa hari lalu.
Rusia menjatuhkan hukuman penjara dalam tempoh yang panjang membabitkan puluhan individu kerana menentang Kremlin dan serangan tentera Moscow terhadap Ukraine.
Pemindahan penjara diketahui sebagai satu yang misteri di Russia dengan keluarga dan peguam tidak memberikan perincian lanjut mengenainya, manakala banduan pula sering terputus hubungan dengan dunia luar selama berminggu-minggu.
Bagaimanapun, ia biasanya berlaku selepas sabitan atau gagal dalam rayuan, selain kehilangan beberapa banduan politik berprofil tinggi yang amat jarang berlaku.
“Nampaknya, kami berada di puncak pertukaran dalam skala yang sangat besar,” kata penganalisis politik Russia, Tatiana Stanovaya menerusi Telegram, semalam.
© New Straits Times Press (M) Bhd