“Tak Ada Salahnya Kahwin Dengan ‘Bekas’ Orang” – Fazley Yaakob

“Tak Ada Salahnya Kahwin Dengan ‘Bekas’ Orang” – Fazley Yaakob


Penyanyi yang juga cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil menyuarakan pandangan peribadinya berhubung persepsi masyarakat terhadap individu yang memilih pasangan berstatus janda atau duda.

Kata Fazley, tidak menjadi kesalahan untuk seseorang mendirikan rumah tangga dengan individu yang pernah mempunyai kisah silam yang buruk atau memiliki status duda mahupun janda, sebaliknya menegaskan soal hati tidak boleh dihakimi oleh orang luar.

Malah, Fazley turut mengingatkan agar masyarakat tidak bersikap terlalu ‘bitter’ atau gemar menilai kehidupan orang lain.

“Tak ada salahnya pun kahwin dengan “bekas orang”, “Janda dengan excess baggage”,  “Dulu Isteri si polan”, hati akan tetap memilih siapa ia mahu.

“Kau orang yang namanya tak disebut di dalam akad, “Aku terima nikahnya…” tak perlu nak bitter, nak sibuk judge dan nak mencari kelemahan orang,” kongsinya menerusi hantaran di Threads.

Dalam hantaran sama, Fazley mengakui golongan yang gemar mengecam kebahagiaan orang lain lberkemungkinan berdepan konflik dalaman sendiri dan gagal untuk berdamai dengan kehidupan masing-masing.

“Biasanya orang-orang mcm ni memang tak berdamai dengan kebahagiaan sendiri, lalu mereka berusaha mencari keseronokan dan kepuasan di dalam mencela kehidupan orang lain. Pergilah cari hobi baru okay? Belajar memasak atau baking pun okay!,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top