‘Tak adil kepada kami’

‘Tak adil kepada kami’


JUARA remaja dunia 2024, Kang Khai Xing-Aaron Tai mengakui terkilan dengan cara penyingkiran beregu muda negara itu dalam Pusingan Kedua Malaysia Masters di Axiata Arena pada Khamis.

Malah Khai Xing menyifatkannya keputusan kontroversi pengadil pengadil dari Switzerland, Peter Meszaros pada set penentuan ternyata menjejaskan tumpuan mereka yang berada pada momentum terbaik untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

“Sebenarnya tak adil kepada kami, bola keluar dia cakap masuk, bola tak kena dia cakap kena. Namun kita kena terima sajalah.

“Sejujurnya, pengalaman ini sememang tidak bagus untuk kami, tetapi selepas ini kami akan jadi lebih kuat apabila berdepan situasi seperti ini pada masa depan,” katanya selepas perlawanan.

Cabaran Khai Xing-Aaron Tai sebelum itu terhenti di pusingan kedua selepas tewas kepada wakil Denmark, Rasmus Kjaer-Frederick Sogaard dalam aksi penuh dramatik di Axiata Arena.

Khai Xing-Aaron Tai yang mara dari pusingan kelayakan bermula longlai apabila dijinakkan 10-21 set pertama sebelum bangkit menyamakan kedudukan dengan kemenangan 26-24 sebelum tewas 21-16 dalam masa 67 minit.

Set penentuan Khai Xing-Aaron Tai agresif memburu mata setelah ketinggalan 14-12 mula terkesan selepas pengadil menghadiahkan mata ke-15 kepada lawan setelah mendakwa bulu tangkis pukulan Kjaer yang terkeluar terkena telinga Aaron.

Keputusan itu mendapat bantahan beregu muda negara juga bertukar tegang apabila ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi dan jurulatih Muhammad Miftakh masuk ke gelanggang untuk mendapatkan penjelasan daripada Meszaros.

‘Pertikaman lidah’ Herry dan Muhammad dengan Meszaros menjadi bertambah hangat apabila penyokong-penyokong tuan rumah yang tidak berpuas hati turut bersorak memberi sokongan kepada pasukan negara.



Source link

OR

Scroll to Top