Tak Baik Untuk Hawra” – Kamal Adli Mohon Netizen Berhenti Korek Kisah Silam

Tak Baik Untuk Hawra” – Kamal Adli Mohon Netizen Berhenti Korek Kisah Silam


Pelakon Kamal Adli memohon netizen supaya berhenti menyebarkan atau mengungkit kisah silamnya yang kurang baik termasuk membabitkan isterinya, Uqasha Senrose.

Menerusi hantaran di Threads, Kamal berkata dia bimbang seandainya boleh memberi kesan kepada anak mereka Hawra Uqaira.

BACA: “Kamal Kalau Kau Tu Jantan Lepaskan Dah Orang Tak Nak, Kau Ni Dayus…” – Bapa Uqasha

“Nak minta tolong boleh? Boleh tak minta ihsan kalian atau sesiapa untuk berhenti post mengenai kisah silam saya dan Uqasha yang tidak baik. Bagi saya, perkara itu tidak baik untuk anak saya. Kasihankan kami,” tulisnya.

Bagaimanapun, hasil tinjauan Kamal telah pun memadam hantaran berkenaan.

Terdahulu, mahkamah menetapkan 12 Januari 2026 bagi kedua-dua pihak menjalani proses hakam keluarga.






Source link

OR

Scroll to Top