Pelakon dan usahawan jelita, Izara Aishah menerima pujian segelintir pihak di media sosial yang menyifatkannya seorang wanita ‘classy’.
Menerusi platform Threads, individu berkenaan tertumpu kepada tindakan Izara yang tidak terlalu berkongsi momen percutiannya bersama keluarga.
“Izara Aishah is the real classy. Pergi travel mana-mana oversea tak beria update Instagram Story sampai titik titik..
“Personal life pun tak update dekat Instagram. love you Izara,” tulis individu tersebut.
Dalam masa sama, ciapan tersebut turut mendapat perhatian pelakon, Elfira Loy yang seakan mempertikaikan kenyataan individu tersebut.
“Kalau semua orang act classy tak ada titik pastu semua nak tengok apa?,” soalnya.
Bagaimanapun, ada segelintir individu yang mempertahankan Elfira mengatakan mereka suka melihat perkongsian ibu anak dua itu di media sosial.
“






