“Tak Boleh Fly Lagi Buat Masa Ini” – Amira Othman Masih Ditahan Di Hospital

“Tak Boleh Fly Lagi Buat Masa Ini” – Amira Othman Masih Ditahan Di Hospital


Pelakon dan penyanyi Amira Othman memaklumkan dia belum lagi dibenarkan untuk terbang ke Korea selepas dimaklumkan oleh tiga doktor pakar.

Menerusi satu hantaran di Insta Story, Amira berkata berkongsikan gambar suaminya dimana dia memujuk Fattah Amin untuk terlebih dahulu terbang ke Korea bersama pasukan.

BACA: Amira Othman Dimasukkan Ke Hospital Kerana Sukar Bernafas

“Aloo omeii (comel) suami saya. Saya pujuk dia suruh fly (terbang) juga sebab kasihan kat team (pasukan) Rissa dah prepare (sediakan) A to Z.

“Allah sebaik-baik perancang kan. Terima kasih teman saya tidur hospital semalam. Be safe and have fun in Korea. Saya tak lepas lagi nak terbang.

“Tiga doktor pakar saya jumpa, semua cakap tak boleh fly lagi buat masa ini sebab cuaca sana sejuk kan. Tapi, InsyaAllah doakan saya selalu,” katnaya.

Sementara itu, Fattah turut memuat naik semula hantaran isterinya serta berdoa semoga Allah melindungi isteri kesayangannya dan memberikan kesembuhan segera.






Source link

OR

Scroll to Top