“Tak Habis Lagi Ke Benda Ni?” – Isu Follow & Unfollow, Anzalna Nasir Tak Ambil Kisah 

“Tak Habis Lagi Ke Benda Ni?” – Isu Follow & Unfollow, Anzalna Nasir Tak Ambil Kisah 


Pelakon jelita, Anzalna Nasir menegaskan dia tidak kisah dengan isu yang sedang tular melibatkan jumlah pengikut dan mereka yang mengambil keputusan untuk ‘unfollow’ di platform media sosial.

Kata Anzalna, hidup ini bukanlah berdasarkan pengikut atau seberapa banyak ‘likes’ yang diperolehi memandangkan kehidupan sebenar bukanlah berlandaskan sosial media semata-mata.

“Aduh, isu follow unfollow ni tak habis-habis lagi ke?

“Hidup kita bukan dekat Instagram je pun. Jom lah kita hidup aman damai.

“Saya pun tak kisah siapa nak follow atau unfollow. Kadang saya sendiri pun tak perasan,” katanya.

Perkara itu dikongsi Anzalna menerusi hantaran di Threads miliknya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memuji sikap dan respons yang ditinggalkan aktres popular itu.



Source link

OR

Scroll to Top