Tak kahwin lagi? Zara Zya minta henti pertikai hidup orang – “Tiada kehidupan yang sempurna”

Tak kahwin lagi? Zara Zya minta henti pertikai hidup orang – “Tiada kehidupan yang sempurna”


Pelakon Zara Zya menasihatkan orang ramai agar tidak mempertikaikan perjalanan hidup individu lain, sebaliknya lebih menghormati dan memahami bahawa setiap orang mempunyai jalan hidup yang berbeza.

Tiada kehidupan yang sempurna

Menerusi perkongsian di Threads, Zara berkata, masyarakat tidak seharusnya terlalu cepat menilai seseorang berdasarkan pekerjaan, status kehidupan atau pencapaian semasa.

“Jangan pernah pertikaikan perjalanan hidup seseorang. Dia kerja apa, duduk rumah apa, tak kahwin lagi ke, tak ada anak lagi ke. Jangan pernah persoalkan,” ciapannya, hari ini.

Tambahnya lagi, apa yang dilihat pada hari ini tidak semestinya menggambarkan masa depan seseorang kerana setiap individu mempunyai rezeki dan perjalanan hidup tersendiri.

“Mungkin hari ini kita nampak dia macam tak ada masa depan. Tapi kita tak tahu mungkin masa akan datang dia yang tolong kita,” jelasnya.

Dalam pada itu, Zara turut mengingatkan agar orang ramai tidak merendahkan rezeki orang lain kerana setiap rezeki telah ditentukan dengan cara yang berbeza dan tiada kehidupan yang benar-benar sempurna, malah setiap individu melalui cabaran serta perjuangan masing-masing.

“Jangan suka merendahkan rezeki orang lain. Sebab kisah rezeki setiap orang tidak akan pernah sama.
“Tiada kehidupan yang sempurna, struggle kita semua adalah berbeza,” tambahnya lagi.

Perkongsian tersebut dilihat sebagai satu peringatan kepada masyarakat agar lebih berempati serta tidak mudah menghakimi kehidupan orang lain.

Artikel lain: Zara Zya dapat sambut Syawal di Mekah – “Mulanya nak pergi bulan Ramadan tetapi…”

Terdahulu,  Zara Zya memaklumkan bahawa dia bakal mencipta kenangan baharu apabila menyambut Hari Raya Aidilfitri di Mekah buat pertama kali pada Syawal ketiga bersama ibu serta sahabat karibnya.

Menurutnya, perancangan tersebut dibuat secara spontan memandangkan kebiasaannya setiap kali raya dia hanya meluangkan masa berjalan-jalan di pusat beli-belah sekitar Kuala Lumpur.

Sumber: Threads zarazya





Source link

OR

Scroll to Top