Pelakon Fathia Latiff enggan mempedulikan dengan apa yang diperkatakan netizen mengenai fizikalnya sekarang.
Menerusi perkongsian di Threads, Fathia berkata apa yang penting dia gembira dengan tubuh badannya dan kehidupannya.
BACA: “Walaupun Tak Lagi Cantik Di Mata Orang, Saya Tetap Fathia”

Perkongsian Fathia itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan kata-kata semangat buat pelakon itu serta meminta untuk tidak membaca komen-komen negatif.







