Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar tekad mahu bersihkan namanya menerusi undang-undang tanpa kompromi.
Menurut laporan Harian Metro, Shamsul berkata beliau memberi kerjasama yang baik kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak siasatan bermula.
Shamsul Iskandar bayar ikat jamin
Foto: Utusan Malaysia
“Pertama, saya ucap terima kasih kepada barisan peguam dan sahabat yang hadir hari ini bersolidariti dan berdoa.
“Insya-Allah, saya akan buktikan saya tidak bersalah.
“Kita akan ikut jalur hukum proses mahkamah dan saya dari awal memberikan kerjasama kepada SPRM untuk menyelesaikan siasatan dan membersihkan nama saya,” katanya.
Sementara itu, peguamnya Datuk Amer Hamzah Arshad memaklumkan mahkamah membenarkan anak guamnya dijamin RM150,000 dengan dua penjamin serta tiga syarat tambahan.
Artikel lain: Shamsul Iskandar mengaku tak bersalah atas 4 tuduhan rasuah RM176,829.03
Shamsul Iskandar bayar ikat jamin
Foto: Berita Harian
“Mahkamah juga menetapkan tarikh sebutan pada Januari untuk pihak pendakwaan membekalkan dokumen berkaitan.
“Sejak awal, beliau mengekalkan pendirian bahawa beliau tidak bersalah dan sudah membuat laporan polis bagi menjawab tohmahan terhadap beliau dan Perdana Menteri,” katanya.
Pun begitu, menurut laporan Sinar Harian, ikat jamin tersebut dibayar menggunakan kutipan dana yang digerakkan oleh rakan-rakan serta pimpinan parti memandangkan nilainya melebihi kemampuan kewangan Shamsul.
“Ini menyebabkan Shamsul terpaksa bergantung kepada sumbangan yang dikumpulkan secara pantas selepas prosiding pagi tadi.
“Shamsul tidak mampu menyediakan jaminan sebanyak itu, namun bantuan daripada pimpinan PKR dan sahabat-sahabatnya membolehkan perkara ini diselesaikan,” katanya.
Hari ini, Shamsul mengaku tak bersalah atas empat pertuduhan rasuah berjumlah RM176,829.03 berhubung kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Sumber: Harian Metro (Raja Noraina Raja Rahim dan Suharmin Yusuf)






