Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Fie berkata dia terpaksa tinggal sementara waktu di rumah ibu bapanya selepas barang peribadinya dibawa keluar dari rumah.
Memetik HibGlam, Dr Fie berkata urusan rumah lama yang pernah menjadi rumah kelamin merkea akan dibincangkan bersama peguam.
BACA: Netizen Mahu Boikot, Desak GV12 Singkir Nubhan
Menurut Dr Ffie, ahli keluarganya ada menghubungi Nubhan namun tiada respon, malah sepanjang tempoh perceraian Nubhan tidak meminta untuk mengosongkan rumah.
“Saya buntu. Saya sedang bercuti dengan anak-anak, cuma akan kembali ke Kuala Lumpur esok. Tapi ada ahli keluarga saya hubungi Nubhan bertanyakan tindakannya mengeluarkan barangan milik saya, langsung tiada respons.
“Sepanjang proses perceraian tempoh hari dia tak minta pun kepada peguam saya soal kosongkan rumah. Alih-alih dia bertindak melulu dengan memanggil mover (syarikat perpindahan) waktu saya tiada di rumah. Permainan apakah ini?
“Dia seronok tengok kami merempatkah? Tidak mengapalah jika itu yang mampu memuaskan hatinya. Apa pun saya serahkan kepada peguam untuk uruskan perkara ini,” katanya.
Sementara itu, Dr Fie yang kini bercuti bersama anak-anak ke Vietnam berkata bekas suaminya yang membangunkan rumah tersebut namun hampir semua barangan dia yang sediakan.
“Entahlah, sebelum bawa anak-anak bercuti ke Vietnam saya ada maklumkan kepadanya. Dia okey sahaja. Tak tahu pula selepas itu dia rancang sesuatu yang mengejutkan.
“Sudah-sudahlah, benda boleh bincang. Tapi dia ambil jalan ‘keras’ seperti tidak pernah ada sekelumit kebaikan pernah saya bawa dalam keluarga kami.
“Dia bangunkan rumah itu, tetapi hampir kesemua benda dalam rumah termasuk barangan di dapur serta baju anak saya yang sediakan. Jangan selepas ini pula kata saya suka mengungkit,” katanya.
Sumber: HibGlam






