Tak mustahil FIFA buka siasatan baharu

Tak mustahil FIFA buka siasatan baharu


Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dijangka tidak akan menutup kes skandal pemalsuan dokumen naturalisasi begitu sahaja, malah tidak mustahil satu kertas siasatan baharu bakal dibuka dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul berkata, langkah itu mungkin merujuk kepada motivated decision FIFA sebelum ini sejurus proses rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) selesai.

Menurutnya, selepas nasib tujuh pemain Harimau Malaya terjawab, tumpuan dan kuasa FIFA kini berkemungkinan besar terarah kepada siapa yang terlibat di sebalik isu tersebut.

“Satu lagi aspek di mana FIFA mempunyai kuasa adalah untuk menyiasat individu-individu yang berkemungkinan terlibat seperti ejen mahupun pegawai yang terlibat.

“Jika saya katakan kes ini sudah selesai, sebenarnya ia mungkin tidak. Ia dibuat mengikut fasa.

“Mungkin selepas ini siasatan lain sedang berjalan. Kita tidak tahu,” katanya seperti dipetik Astro Arena.

Pada Khamis lalu, CAS sebahagiannya telah menerima rayuan tujuh pemain skuad kebangsaan terhadap hukuman yang dikenakan oleh FIFA berhubung pemalsuan dokumen naturalisasi dan kelayakan.

Menerusi keputusan operasi yang dikeluarkan tanpa alasan terperinci itu, CAS memutuskan tujuh pemain berkenaan kekal dikenakan penggantungan selama 12 bulan.

Bagaimanapun, larangan hanya terpakai untuk perlawanan rasmi dan bukan keseluruhan aktiviti berkaitan bola sepak.

Mengulas lanjut, Windsor memaklumkan, AFC menjangkakan sesuatu yang lebih besar bakal tersingkap hasil daripada siasatan baharu itu nanti. Ia susulan dakwaan wujudnya penglibatan individu tertentu sama ada yang bergerak secara rasmi atau sebaliknya.

“Saya rasa ya. Ini adalah kes besar bertaraf antarabangsa. “Nak kata selesai sebab CAS sudah membuat keputusan juga tidak boleh,” ujarnya.

Ringkasan AI

  • FIFA dijangka tidak menutup kes skandal pemalsuan dokumen naturalisasi
  • Langkah tersebut merujuk kepada keputusan FIFA sebelumnya selepas proses rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan
  • Fokus kini kepada individu yang berkemungkinan terlibat seperti ejen atau pegawai
  • Tujuh pemain skuad kebangsaan dikekalkan penggantungan selama 12 bulan oleh CAS namun hanya untuk perlawanan rasmi
  • AFC menjangkakan lebih banyak pendedahan dari siasatan baharu yang akan dijalankan



Source link

OR

Scroll to Top