Tak mustahil Red Giants kembali julang piala

Tak mustahil Red Giants kembali julang piala


firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tiada apa yang mustahil buat Selangor FC untuk cuba menamatkan badi kejuaraan utama saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini selepas kali terakhir memenangi Piala Malaysia pada 2015.

Harapan itu diluahkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang mengakui skuad Red Giants mempunyai keupayaan tersendiri untuk menamatkan badi selama 10 tahun itu.

Katanya, masih segar diingatannya ketika beliau sendiri yang bergelar pengurus pasukan Selangor waktu itu berjaya membantu skuad kendalian Mehmet Durakovic menumbangkan Kedah di perlawanan akhir.

“Di samping itu, kita cuba mencari peluang untuk mendapatkan salah satu piala di dalam liga tempatan kali ini.

“Kali terakhir (menang kejuaraan utama) tahun 2015, lebih kurang 10 tahun. Saya ingat dulu ketika menjadi pengurus tahun 2015, ia kali terakhir 2015 cukup 10 tahun.

“Jadi harap-harap adanya kekuatan itu yang sebenarnya bukan keajaiban tapi ia dibantu atas keupayaan pasukan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau juga mahu Selangor FC memperbaiki prestasi dalam saingan Liga Juara- Juara Asia II (ACL II) selepas musim lalu terkandas di peringkat kumpulan.

“Harapan saya sudah pasti kita cuba dapatkan peluang lebih baik. Kali ini kita dapat bertanding sekali lagi di Asia, dan mungkin kita boleh perbaiki kita prestasi kita di Asia,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top