Pelakon Sweet Qismina berharap agar sempena bulan Ramadan kali ini media sosial dapat dipenuhi dengan perkongsian berunsur ilmiah serta sejarah Islam.
Menerusi hantaran di Threads, Sweet turut mengajak orang ramai berkongsikan mengenai hal bermanfaat berbanding gosip serta kutuk-mengutuk.
BACA: Sweet Qismina Kumpul Kad Pokemon Sebagai Pelaburan

“Ramadan, tolong orang-orang berilmu kongsi kisah-kisah macam ini tau. Tidak nak gosip, tidak nak kutuk-mengutuk, tiada perli-memerli,” tulisnya.
Dalam hantaran itu, Sweet turut memuat naik hantaran seorang individu yang berkongsikan mengenai sejarah Islam kisah darah manusia Islam pertama yang tumpah.
Perkongsian Sweet itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju untuk memperbanyakkan ilmu di bulan Ramadan lebih-lebih lagi berkenaan sejarah Islam.






