“Tak Payah Jadi Pelawak, Belajar Pandai-Pandai Cari Kerja Menjamin Masa Depan” 

“Tak Payah Jadi Pelawak, Belajar Pandai-Pandai Cari Kerja Menjamin Masa Depan” 


Pelawak Fad Bocey mendedahkan ramai pelawak kini hilang sumber pendapatan kerana kurang tawaran persembahan.

Memetik HibGlam, Fad berkata mereka kini seolah ‘tiada rumah’ selepas saluran Astro Warna yang menyifarkan program komedi ditutup pada 2024.

BACA: Isteri Fad Bocey Hamil Anak Kelima

“Kalau tanya saya tentang dunia pelawak ketika ini, sangat menyedihkan. Pusingan kami kalau dalam sebuah roda, ketika ini berada di bahagian bawah walaupun dahulu pernah berada di atas.

“Mahu atau tidak memang kena terima, pelawak, penyanyi, pelakon memang ada waktu kemuncak tetapi perkara tersebut tak kekal lama

“Sekarang kami seperti sudah tiada rumah (selepas Astro Warna ditutup). Ketika ini kebanyakan pelawak mulakan inisiatif sendiri buat podcast sendiri sebab itu sahaja ruang yang kami ada,” katanya.

Sementara itu, Fad berkata persaingan terlalu ramai dan peluang diberikan stesen televisyen terhadap pelawak sangat terhad.

“Sepanjang 14 tahun dalam industri setahun sekali saja kami dapat keluar televisyen, itu pun pun bila ada pertandingan, barulah dipanggil. Kadang-kadang nak kata kecil hati, memang ada, majlis anugerah pun tak pernah dijemput.

“Zaman sekarang persaingan terlalu ramai, pempengaruh media sosial, artis baharu dan pelawak sedia ada lagi, cuma saya tak pernah rasa dengki kerana rezeki Tuhan sudah tetapkan,” katanya.

Dalam pada itu, Fad turut menitipkan pesan kepada mereka yang mahu menjadi pelawak untuk pertimbangkan keutusan tersebut serta mencari kerja yang boleh menjamin masa depan.

“Bila ada pendatang baharu tanya macam mana nak jadi pelawak, saya pesan jangan. Saya cakap tak payahlah, belajar pandai-pandai, cari kerja yang menjamin masa depan sebab peredaran zaman, kita tak tahu bila-bila sahaja boleh berakhir. Dunia anak seni ini sekelip mata saja boleh terhenti,” katanya.

Sumber: HibGlam






Source link

OR

Scroll to Top