Pelakon dan usahawan Fazura membalas komen seorang individu memberi bayangan bahawa dia tidak perlukan seorang lelaki untuk lindunginya.
Menerusi perkongsian di Threads, individu tersebut berdoa agar Fazura segera dipertemukan jodoh dan lelaki tersebut akan melindunginya daripada kritikan netizen.
BACA: Patimah Ismail Titip Pesan Mohon Jangan Ganggu Kebahagiaan Fazura & Que Haidar

“Boleh tak tolong amin kan doa saya. Moga @missfazura jumpa jodoh dalam masa terdekat.
“Saya tak sabar lelaki itu akan muncul dan lindungi Fazura dan cukuplah bagi satu ayat untuk haters Fazura. ‘Jangan kacau dan fitnah isteri saya’” tulis individu itu.
Hantaran individu itu dibalas oleh Fazura mengatakan dia tidak perlukan seorang lelaki untuk melindunginya kerana Allah sentiasa ada.
“Tak perlu lelaki untuk ini. Allah ada,” tulisnya.






