“Tak Perlu Luah Di Media Sosial Untuk Merendahkan Orang Lain” – Siti Nurhaliza Anggap Hantaran Threads Sekadar Berseloroh

“Tak Perlu Luah Di Media Sosial Untuk Merendahkan Orang Lain” – Siti Nurhaliza Anggap Hantaran Threads Sekadar Berseloroh


Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjelaskan, tindakannya memuat naik hantaran di platform Threads sebelum ini hanyalah sekadar gurauan dan bukan bertujuan membalas atau menyindir mana-mana pihak.

Menurut Siti, komen itu dibuat sebagai respons kepada pertanyaan peminat dan sama sekali tidak mempunyai niat untuk mencetuskan sebarang salah faham.

“Itulah kadang-kadang bila kita ada satu saat dan satu ketika, dulu ya bila saya nak bercakap, saya rasa tak payahlah.

“Tapi bukan maksud saya untuk membalas balik, Saya cuma membalas pertanyaan peminat sahaja. Bila peminat bertanya kenapa individu itu memuat naik hantaran tersebut … Saya jawan dengan berseloroh, itu yang saya menyanyi tu. Tapi mungkin usikan itu menceriakan lagi,” katanya.

Dalam pada itu,  Siti berkata, sokongan peminat setianya (Sitizoners) sudah memadai tanpa perlu beliau terlibat dalam sebarang ‘perbalahan’ di media sosial.

“Peminat saya ni (Sitizoners) bijak sangat. Sebab itu saya kadang-kadang rasa ‘tak payahlah berlawan dengan orang’. Sebab peminat saya ni pun mereka sendiri dah melenting itu sudah cukup,” jelasnya.

Siti berkata demikian ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-47 dan apresiasi media yang diadakan di Monstera Forest Valley Cheras, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Mengulas lanjut, pelantun lagu Kesuma itu berharap isu sama tidak berlaku lagi sekali gus menitipkan pesanan kepada rakan-rakan industri agar menjadikan perkara itu sebagai satu pengajaran.

“Walau bagaimanapun, ini sebagai pengajaran kepada orang dalam industri. Kita dalam industri ini kita raikan dan kita hargai semua orang yang datang ke industri yang sama.

“Kita jangan ada rasa lebih bagus, lebih baik… Bagi saya industri kita tak besar macam di luar negara. Lagipun kita akan jumpa orang yang sama.

“Jadi kalau ada perkara yang tidak manis untuk kita perkatakan, tak perlu pun untuk kita luahkan dekat sosial media untuk merendahkan orang lain. Sebab dalam industri ni kita saling sokong menyokong itu lebih bagus.

“Jadi, mungkin luahan itu saya mungkin tak baca tapi ada orang akan tulis dan saya tahu… tak bagus dan tak perlu pun sebenarnya. Kita raikan dan sokong industri muzik kita. Baru sahaja nak rasa meriah tapi bila ada negatif macam ni tidak bagus,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Aisha Retno Menangis Lagu Ciptaannya ‘Kesuma’ Didendangkan Di Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza

ARTIKEL BERKAITAN:Penangan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza, Netizen Minta Noh Salleh ‘Remake’ Lagu Kau Mawarku

ARTIKEL BERKAITAN:Ulasan Konsert: 3 Dekad Terus Relevan, Siti Nurhaliza Buktikan Dedikasi & Keampuhan Di Legacy 30

Terdahulu, seorang individu mempersoalkan tindakan seorang pengguna media sosial yang didakwa kurang berpuas hati dengan konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang di adakan pada 10 Januari lalu, di Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Siti kelihatan tampil membalas hantaran berkenaan dan berseloroh apabila menulis bait lirik lagu nyanyiannya, Jerat Percintaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Nurhaliza Nasihat Wanita 40-an Buat ‘Weight Training’, Sambil Bersukan Ajak Peminat Nyanyi Lagu Kesuma

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Solekan Umairah Di Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza Dipersoal, Jurusolek Tampil Beri Penjelasan

ARTIKEL BERKAITAN:Video Pentas Konsert Di Stadium Tersebar, Siti Nurhaliza Pesan Peminat Jangan Buat Penilaian Awal

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Ambil Dari Sudut Positif” – Siti Nurhaliza Hargai Adab Peminat, Anggap Reaksi Spontan Itu Normal

ARTIKEL BERKAITAN:Giat Buat Persiapan Demi Konsert 3 Jam Dengan Lebih 30 Lagu… Siti Nurhaliza Jaga Stamina, Elak Minuman Berais





Source link

OR

Scroll to Top