Tak perlu 'overthinking', risau sebab ujian hidup berbeza – Syatilla

Tak perlu 'overthinking', risau sebab ujian hidup berbeza – Syatilla



syafil.syazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon, Syatilla Melvin menjadikan apa yang berlaku dalam rumah tangga rakan-rakan selebriti sebagai pelajaran untuknya mengukuhkan lagi hubungan suami isteri dengan suami, Shaheizy Sam.

Syatilla, 33, berkata, tidak ada satu pun pasangan suami isteri yang inginkan perceraian dan kita sebagai orang luar tidak berhak untuk menghakimi apa yang berlaku kepada mereka.

“Bila kita dah nampak contoh-contoh yang berlaku depan mata, apa yang boleh kita lakukan mungkin kita ambil dan aplikasikan di mana-mana bahagian yang ada kelemahan bagi mengukuhkan rumah tangga itu.

“Jadi, tak ada satu perkahwinan pun yang kita minta berakhir dengan perceraian. Kita sebagai orang luar tak boleh menghakimi kenapa pasangan bercerai sehinggalah kita berada dalam kasut mereka sendiri, sampailah kita berhadapan dengan pasangan yang bermasalah, baru kita tahu apa yang berlaku.

“Doa saja banyak-banyak minta Allah jaga,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Syatilla, hubungan suami isteri bersama Sam sama seperti apa yang mereka pertontonkan di media sosial kerana dia bukanlah individu yang pandai berselindung.

“Saya rasa, pengikut saya tahu saya orang yang bagaimana. Saya memang tak pandai sorok.

“Kalau wartawan tanya apa pun, saya akan jawab berdasarkan apa yang ada dalam fikiran saya. Saya rasa apa yang saya nak cakap, saya hembus saja.

“Macam saya dan Sam, apa yang anda nampak di media sosial, itulah kami. Tak ada berselindung atau apa,” katanya.

Tambah Syatilla lagi, kehidupan setiap manusia berbeza dan tidak ada gunanya untuk dia terlalu banyak berfikir (overthinking).

“Bagi saya, Allah dah cipta kehidupan setiap daripada kita berbeza. Laluannya berbeza-beza. Saya tak perlu nak ‘overthinking’ atau rasa risau sebab ujian hidup kita berbeza,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top