“Tak Pernah Lihat Kakak Sebahagia Ini” – Irfan Haris

“Tak Pernah Lihat Kakak Sebahagia Ini” – Irfan Haris

“Tak Pernah Lihat Kakak Sebahagia Ini” – Irfan Haris


Penyanyi Irfan Haris meluahkan rasa gembira melihat perubahan kakaknya iaitu Amira Othman yang semakin bahagia selepas bergelar isteri kepada aktor, Fattah Amin.

Memetik Harian Metro, Irfan berkata meskipun jarang bertemu kakaknya selepas bernikah namun dia dapat merasakan kebahagiaan yang sedang dilalui oleh kakaknya bersama abang iparnya itu.

BACA: “Saya Rasa Mereka Berkenalan Tahun Lepas Bulan Disember” – Irfan Haris

“Saya tak pernah lihat kakak sebahagia ini. Saya tidak sempat bercakap tentang kehidupan peribadinya selepas berkahwin, tetapi apa yang nampak dari jauh, kakak saya memang nampak happy (bahagia) sangat dengan Abang Fattah.

“Saya cakap perkara ini banyak kali, Abang Fattah memang orang baik dan kakak saya pun baik. Alhamdulillah mereka serasi.

“Bahagia sangat dan saya tidak pernah nampak kakak saya ‘sehappy’ (bahagia) sekarang. Alhamdulillah jodoh dia sudah sampai,” katanya.

Sementara itu, Irfan berkata majlis resepsi kakaknya yang diadakan di Johor Bahru penuh meriah dengan kehadiran lebih 2,000 tetamu serta meluahkan rasa syukur semuanya dipermudahkan.

“Meriah sangat, luar biasa. Alhamdulillah, ini satu majlis besar dan Allah permudahkan semuanya. Tetamu pun seronok dapat makan, bergambar dengan pengantin. Semua berjalan lancar.

“Tema dan warna semua daripada kakak saya sendiri. Kami ada perancang perkahwinan, tapi warna ungu yang kami sekeluarga pakai ini memang pilihan kakak. Mungkin kakak nampak pelamin dan terus jatuh hati sebab warna ungu ‘masuk’ dengan warna tema dia,” katanya.

Sumber: Harian Metro






Source link

OR

Scroll to Top