Pelakon Nora Danish tidak mahu mengulas mengenai perkongsian bekas suaminya, Nedim Nazri susulan hantarannya di laman Threads yang berbaur sindiran.
Memetik Harian Metro, Nora berkata dia tidak mahu masuk campur urusan peribadi Nedim memandangkan mereka sudah membawa haluan masing-masing.
BACA: “Jangan Jadi Yang Konon Solat Tiap Hari Sekali Bawa Lelaki Balik”
“Bab itu, saya tak nak komen apa-apa, sebab saya memilih untuk tidak bersamanya (Nedim). Jadi, saya hormati hak privasinya dan sebagainya. Buat apa nak komen sebab tiada kena mengena dengan saya,” katanya.
Sementara itu, Nora berkata dia tidak membaca mengenai hantaran Nedim itu kerana sibuk menguruskan restorannya serta merasakan ianya tidak ditujukan kepada dirinya.
“Tidak juga (baca Threads) sebab saya sibuk dengan perniagaan restoran saya dan tidak perasan langsung. Saya tak rasa hantaran itu ditujukan kepada saya sebab kami mempunyai hubungan yang baik sahaja.
“Saya mengharapkan hubungan yang baik untuk semua pihak dan dari dulu saya tekankan perkara ini agar anak dapat membesar dengan sihat,” katanya.
Terdahulu, Nedim berkata jangan percaya dengan mereka yang bertudung namun dia berkata bukan semua. Nedim turut menyebut hal berkenaan anak serta memberi peringatan anak adalah segalanya baginya.
Sumber: Harian Metro






