“Tak Sampai Hati Senyum Depan Orang” – Kamal Adli Akui Tiada Semangat Sambut Tahun Baharu 2026

“Tak Sampai Hati Senyum Depan Orang” – Kamal Adli Akui Tiada Semangat Sambut Tahun Baharu 2026


Pelakon, Kamal Aldi mengakui tiada langsung semangat untuk menyambut perayaan Tahun Baharu 2026 ketika sedang berdepan ujian rumah tangga bersama isterinya, aktres Uqasha Senrose.

Menerusi hantaran di platform Threads miliknya, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, berkata dia tidak mampu mempamerkan kebahagiaan palsu di hadapan orang ramai ketika emosinya sedang terganggu.

“Ramai yang bertanya saya sambut tahun baharu di mana. Beritahu saya macam mana nak sambut, nak bahagia dan senyum di depan orang. Nak tengok bunga api pun tak sampai hati,” tulisnya.

Pelakon filem Takluk: Lahad Datu itu turut mengakui sambutan tahun baharu kali ini antara yang paling sukar dilalui dalam hidupnya, namun tetap bersyukur kerana kesibukan kerja sedikit sebanyak membantu mengalihkan fikirannya daripada perasaan tersebut.

“Ini tahun baharu paling tak best. Allah saja yang tahu.

“Nasib baik ada penggambaran dan media sosial. Kalau tidak…,” katanya.

Sebelum ini, Uqasha dilaporkan memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada Oktober 2025 dengan beberapa dakwaan termasuk keganasan rumah tangga, kegagalan memberi nafkah serta penderaan mental dan fizikal.

Bagaimanapun, Kamal menafikan semua tuduhan itu dan menyatakan hasrat untuk mempertahankan perkahwinan mereka.

Artikel Berkaitan: Individu Fitnah Uqasha Senrose ‘Hamil’ Anak Orang Lain, Kamal Adli Bersuara! – “Itu Anak Kandung Saya”

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Rela Anak Saya Dipukul Hari-Hari” – Bapa Uqasha Senrose Desak Kamal Adli Ceraikan Isteri



Source link

OR

Scroll to Top