Tak sangka insiden 3 dekad lalu berulang kembali – Mangsa nahas FRU 1990

Tak sangka insiden 3 dekad lalu berulang kembali – Mangsa nahas FRU 1990


am@hmetro.com.my

Teluk Intan: “Kemalangan maut ini mengingatkan saya kepada insiden sama tiga dekad lalu. Tak sangka hari ini ia berulang kembali,” kata bekas anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Sarjan Mejar (B) Azmi Yob, 64.

Azmi adalah mangsa kemalangan di Kilometer 31 Lebuhraya Karak berhampiran terowong Genting Sempah pada 28 Februari 1990.

Ketika itu, kemalangan membabitkan 12 kenderaan yang mengorbankan 11 anggota FRU dari Trup 4B.

Kemalangan berlaku ketika anggota FRU yang berada dalam trak paling hadapan bersama empat kenderaan FRU lain dirempuh sebuah bas ekspres dari arah bertentangan.

Insiden itu turut mengorbankan empat orang awam.

Hari ini, kemalangan di Jalan Chikus – Sungai Lampam mengorbankan sembilan anggota FRU selepas lori dinaiki mereka bertembung dengan lori yang membawa muatan batu.

Tragedi itu berlaku apabila konvoi Unit 5 itu dalam perjalanan pulang ke pangkalan mereka di Sungai Senam, Ipoh selepas menyempurnakan tugas sempena Perayaan Chitra Pournami di Teluk Intan.

Azmi berkata, beliau kali terakhir bertemu dengan Unit 5 semasa majlis persaraannya pada 2021.

“Mereka meraikan saya dengan meriah. Selepas itu kami tidak bertemu lagi sehinggalah mendapat perkhabaran pilu (kemalangan maut) yang menimpa anggota.

“Untuk itu, saya sanggup datang dari Manjung untuk berjumpa dengan ahli keluarga mangsa dan memberi kata-kata semangat,” katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan, hari ini.

Azmi berkata, dia berharap ahli keluarga anggota yang terkorban dalam tragedi itu mendapat pembelaan sewajarnya dari pihak berwajib.

Berita berkaitan

* 8 anggota FRU maut kemalangan di Teluk Intan

* Kemalangan FRU: Angka kematian meningkat sembilan orang – Polis

* Kemalangan FRU: Lori muatan batu dipercayai alami kegagalan stereng – Polis

* PDRM akan pastikan keluarga anggota FRU terbabit kemalangan di Teluk Intan terjaga

* Tragedi kedua babit anggota FRU selepas 35 tahun

* Identiti nama 9 anggota FRU yang terkorban nahas sudah dikenal pasti

* Suasana pilu di Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan

* Nahas FRU: PM Anwar mahu siasatan menyeluruh, bantu mangsa dan keluarga

* Saksi dakwa lori muatan batu mahu elak kenderaan sebelum bertembung trak FRU

* ‘Saya sangka abang hanya cedera, rupanya dia sudah tiada’

* Arwah sangat gembira dikurniakan anak perempuan selepas 10 tahun menunggu – Isteri Koperal Amiruddin

* PDRM, warganet berdukacita tragedi timpa 9 anggota FRU

* ‘Anak kami sudah meninggal dunia, kini suami pula menyusul’

* ‘Nahas FRU: Bedah siasat dijangka selesai 8 malam ini’

* ‘Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas FRU’

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR