Tak sedar kucing peliharaan bertenggek atas van hampir 2 jam

Tak sedar kucing peliharaan bertenggek atas van hampir 2 jam

Tak sedar kucing peliharaan bertenggek atas van hampir 2 jam


Philadelphia: Sebuah keluarga terkejut apabila mendapati kucing peliharaan mereka menumpang di atas bumbung van sejauh lebih 100 batu (160 kilometer) tanpa disedari, lapor Mirror.

Margaret Denardo, 43; suaminya Tony, 49; anak perempuan mereka Sophia dan tiga rakannya sedang memandu dari Pennsylvania ke New Hampshire pada 26 September lalu bagi menyertai acara maraton.

Pasangan itu menyangka kucing mereka yang berusia lapan tahun, Ray Ray berada dalam keadaan selamat di rumah.

Namun, selepas dua jam perjalanan, mereka berhenti di sebuah kawasan rehat dan terkejut apabila mendapati kucing berani itu sedang bertenggek di atas rak bagasi van berkenaan.

Selepas pulih daripada kejutan awal, Margaret mengambil keputusan untuk membawa Ray Ray bersama ke New Hampshire sebelum meneruskan percutian ke New York City.

Margaret, seorang penulis dari Kittanning, Pennsylvania berkata, dia amat terkejut dan bimbang akan keselamatan kucing itu memandangkan Ray Ray sudah berada di atas bumbung kenderaan dalam tempoh yang lama.

“Saya hanya mahu dia turun supaya dia tidak melarikan diri ketika kami berhenti. Saya asyik memikirkan segala kemungkinan buruk yang boleh berlaku tetapi dia kekal sangat tenang!” katanya.

Ray Ray menjadi sebahagian daripada kehidupan Margaret sejak lapan tahun lalu selepas dia ditemui bersembunyi di bawah van miliknya.

“Kami menemuinya ketika masih anak kucing, bersembunyi di bawah van ketika hendak pergi ke gereja. Mungkin dia mengembara dari ladang kami yang hanya lima minit jauhnya. Orang sering kali meninggalkan anak kucing di ladang kami,” katanya.

Ray Ray dibesarkan sebagai kucing yang bebas keluar masuk rumah dan sudah terbiasa berdikari serta merayau sendirian. Margaret percaya sifat beraninya yang mendorongnya memanjat bumbung van.

“Dia biasa datang dan pergi sesuka hati. Namun, sangat mengejutkan apabila menemuinya di kawasan rak bagasi di atas van kami,” katanya.

Margaret dan suaminya memutuskan untuk membenarkan Ray Ray menyertai mereka sepanjang baki perjalanan yang bermula ke Keene untuk maraton sebelum menuju ke New York City untuk berehat.

Mereka juga sempat singgah di kedai haiwan peliharaan untuk membeli barangan keperluan buat teman perjalanan yang tidak disangka itu.

“Kami berhenti di kedai haiwan peliharaan untuk membeli bekalannya lalu meneruskan perjalanan seperti yang dirancang,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top