Tak semua bahan boleh dibeli! Resepi Che Sayang dikritik, Khairul Aming tampil pertahan

Tak semua bahan boleh dibeli! Resepi Che Sayang dikritik, Khairul Aming tampil pertahan

Tak semua bahan boleh dibeli! Resepi Che Sayang dikritik, Khairul Aming tampil pertahan


Dunia masakan di media sosial kembali hangat apabila Che Sayang Kitchen menjadi sasaran kritikan segelintir netizen kerana resipinya dianggap “tak authentic” dan tidak mengikut cara tradisional.

Pertahan Che Sayang selepas dikritik

Susulan daripada itu, pempengaruh dan juga usahawan terkenal, Khairul Aming tampil mempertahankan rakan seperjuangan di media sosial apabila memberikan sokongan padu menerusi hantaran di media sosial.

Khairul Aming telah berkongsi video resepi dan menyatakan hanya menggunakan empat bahan sahaja.

. “Resipi ni guna 4 bahan, 3 bahan boleh dibeli di kedai tapi ada 1 bahan yang takkan boleh beli walau dengan duit sebanyak mana sekalipun,” tulisnya, menegaskan bahawa bukan semua yang bernilai dapat diukur dengan wang.

che sayang

Che Sayang dikritik resepi tak autentik

Video yang dikongsikan pula seakan memberi gambaran bahawa tujuan resipi Che Sayang bukan semata-mata mengejar kesempurnaan autentik, tetapi lebih kepada meraikan semangat kekeluargaan dan perpaduan masyarakat.

Sokongan Khairul Aming bukan sahaja membela rakan, malah mengingatkan wargamaya bahawa nilai sebenar sesuatu pengalaman masakan kadang-kadang jauh lebih berharga daripada bahan mahal atau resipi asli.

Artikel lain: Khairul Aming menangis, tersentuh lihat video resepi ‘hidupkan’ memori berharga

Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang pengguna menegaskan resepi versi Che Sayang menderhaka kepada resipi asal kerana tidak menggunakan bahan sebenar, walaupun bahan sebenar itu memerlukan kos tinggi dan sukar diperoleh oleh orang ramai.

Susulan daripada itu, Che Sayang menyatakan tujuan dia berkongsi video adalah untuk mempermudahkan orang ramai untuk memasak serta memaklumkan dirinya bukanlah seorang yang mempunyai latar belakang dalam bidang masakan.

Sumber: Threads khairulaming





Source link

OR

Scroll to Top