Sejak semalam, tular semula video selebriti terkenal, Neelofa mempromosikan jenama makanan kambing perap terkenal di media sosial.
Menerusi video berkenaan, apa yang lebih menjadi perhatian gelagat anak sulung iaitu Muhammad Bilal yang mengikut bacaan doa Al-Fatihah ibunya,
BACA: “Buat Di Hotel 5 Bintang, Makanan Sedap” – Neelofa, Pu Riz Jawab Dakwaan Harga Kelas Agama Mahal
Malah, wajah Bilal dapat dilihat tanpa dan tidak ditutup ditutup dengan ‘sticker’ seperti kebiasaannya sekaligus ramai yang memuji kecomelan kanak-kanak itu.
Tidak kurang netizen turut memuji cara Neelofa mendidik anaknya yang lancar mengikut bacaan doa.
Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.






