Takbiratulihram sambil berjalan

Takbiratulihram sambil berjalan


– Advertisement –

Soalan:

Adakah sah solat seorang yang bertakbir ketika masih lagi berjalan ke dalam saf?

– Advertisement –

Jawapan:

Syarat sah takbiratulihram ialah mesti diucapkan di dalam keadaan qiam iaitu berdiri tegak maka jika seorang itu mengangkat takbir ketika berjalan ke dalam saf yakni tidak dalam keadaan berdiri tegak maka takbirnya itu tidak sah dan solatnya juga tidak sah.

Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini:

وَيَجِبُ أَنْ يُكَبِّرَ قَائِمًا حَيْثُ يَلْزَمُهُ الْقِيَامُ لِظَاهِرِ الْخَبَرِ السَّابِقِ

Ertinya: “Dan wajib bahawa bertakbir dalam keadaan berdiri sekira-kira wajib akan dia oleh qiam kerana zahir hadith yang lepas.” (Kitab Mughni Al-Muhtaj)

Maka jika takbir seorang itu ketika sedang berjalan ke dalam saf atau sebahagian kalimah takbir diucapkan ketika berjalan sekalipun hanya satu huruf maka takbirnya itu tidak sah.

Berkata Imam Syafie r.a.:

وَلَوْ أَبْقَى مِنْ التَّكْبِيرِ حَرْفًا أَتَى بِهِ وَهُوَ رَاكِعٌ، أَوْ مُنْحَنٍ لِلرُّكُوعِ، أَوْ غَيْرُ قَائِمٍ لَمْ يَكُنْ دَاخِلًا فِي الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ

Ertinya: “Dan kalau seorang mengucapkan baki dari lafaz takbir ketika sudah rukuk atau ketika tunduk hendak rukuk atau yang selain berdiri maka tidak dikira ia masuk di dalam solat yang fardu.” (Kitab Al-Umm)

Dan yang disyaratkan takbir di dalam qiam itu hanyalah pada solat fardu sahaja kerana pada solat fardu adalah qiam itu menjadi rukun solat.

Oleh itu, jika bukan pada solat fardu seperti pada segala solat sunat maka tidaklah disyaratkan takbir itu diucapkan ketika qiam kerana harus solat sunat dalam keadaan duduk sekalipun seorang itu mampu berdiri.

Wallahua’lam. – HARAKAHDAILY 18/5/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

– Advertisement –



Source link

OR

Scroll to Top