Taktik licik punca ramai terjerumus ke kancah penipuan pelaburan

Taktik licik punca ramai terjerumus ke kancah penipuan pelaburan


DALAM dunia teknologi digital yang semakin berkembang, penipuan pelaburan yang digunakan ‘scammer’ juga semakin licik.

Pelbagai taktik digunakan bagi memperdaya orang ramai yang menginginkan pulangan pelaburan tinggi tanpa risiko dalam masa yang singkat.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menegaskan bahawa terdapat beberapa taktik yang sering digunakan sindiket penipuan pelaburan dalam memperdaya mangsa mereka.

Golongan profesional antara yang terjebak

Antara taktik yang digunakan termasuk penipuan dalam talian, teknik ‘clone firm’ dan ‘deep fake’.

Selain itu, sindiket penipuan pelaburan juga sering kali menggunakan taktik tekanan sosial yang menyebabkan mangsa terjebak akibat perasaan takut ketinggalan (FOMO).

Nyatanya, taktik yang digunakan bukan sahaja mampu memperdaya golongan berpendapatan rendah, malah golongan profesional juga turut menjadi mangsa penipuan pelaburan.

Ia berikutan modus operandi sindiket ini yang sering bertukar-tukar bagi meyakinkan orang ramai.

Justeru, masyarakat haruslah bijak meneliti iklan pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi tanpa risiko, penggunaan testimoni palsu dengan gambar barangan mewah dan berjenama serta permintaan untuk membuat pembayaran ke akaun bank individu.

Peluang dalami ilmu, lindungi diri

Selain itu, penganjuran acara pendidikan dunia pelaburan seperti InvestSmart Fest 2024 yang dianjurkan SC juga adalah penting bagi memberi kesedaran kepada masyarakat umum.

Ia bukan sekadar festival pelaburan, malahan menjadi peluang terbaik bagi orang ramai mendalami ilmu pelaburan dan melindungi diri daripada penipuan.

Acara tahunan InvestSmart Fest 2024 yang bakal membuka tirainya bermula 11 hingga 13 Oktober 2024 ini bertempat di Mid Valley Exhibition Centre bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai dunia pelaburan. 

Pengunjung juga berpeluang mengenal pasti peluang pelaburan yang sah dan menguntungkan daripada perantara pasaran modal, selain mempelajari risiko penipuan pelaburan yang semakin berleluasa.

Dengan kehadiran pelbagai pakar industri dan syarikat pelaburan yang sah, para peserta dapat belajar tentang strategi pelaburan yang bijak serta mendapat panduan daripada pakar. 

Bagi anda yang ingin memulakan perjalanan pelaburan atau ingin memperkukuhkan strategi pelaburan, jangan lepaskan peluang menghadiri InvestSmart Fest 2024.

Selain itu, SC juga turut menyediakan perkhidmatan perancangan kewangan #Finplan4u di acara InvestSmart Fest 2024.

Pengunjung boleh mendapatkan penilaian mengenai perancangan kewangan mereka di peringkat permulaan secara percuma sepanjang tiga hari acara ini berlangsung.

Terbuka secara percuma kepada semua, InvestSmart Fest 2024 adalah platform yang tepat bagi mendapatkan maklumat penting tentang cara melabur dengan selamat. 

Jadilah pelabur yang bijak dan elakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan dan sertai ribuan pelabur lain di InvestSmart Fest 2024.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang InvestSmart Fest 2024 SC sekarang.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top