Tambah warden elak kes buli di UPNM berulang

Tambah warden elak kes buli di UPNM berulang


KUALA LUMPUR- Sistem pentadbiran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan ditambah baik termasuk dengan menambah bilangan warden.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, inisiatif itu adalah antara usaha yang dilakukan kementerian untuk mengekang kejadian buli.

Menurut beliau, dua aspek yang diberi penekanan susulan berlaku insiden buli di universiti berkenaan iaitu aspek undang-undang dan pentadbiran.

“Dari segi undang-undang kita menyerahkan perkara yang berlaku kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

“Manakala dari aspek pentadbiran, kita meningkatkan bilangan warden supaya dapat santuni dan melihat lebih ramai pelajar sekali gus mengelakkan kejadian sama berulang.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL



Source link

OR

Scroll to Top