Tanah jerlus: Anjing pengesan dibawa masuk lokasi bantu SAR

Tanah jerlus: Anjing pengesan dibawa masuk lokasi bantu SAR



rnoraina@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Dua anjing pengesan dibawa ke lokasi tanah jerlus di Masjid India di sini, hari ini, bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India, Vijayalakshmi.

Haiwan dari Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) itu dilihat tiba di lokasi pada kira-kira 5 petang.

Ketika ini hanya seekor anjing bersama anggota pengendali memasuki kawasan pencarian terlebih dahulu, dipercayai bagi membantu pasukan operasi mengesan kemungkinan keberadaan mangsa.

Pada Jumaat lalu, pasukan SAR sudah menggunakan khidmat unit anjing pengesan itu, namun tidak mendapat petunjuk.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, pelbagai usaha sudah dilakukan pasukan SAR termasuk menggunakan botol untuk melihat tempoh sesuatu objek boleh sampai ke lokasi akhir iaitu loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam.

Beliau dilaporkan berkata, hasil ujian yang dilakukan pasukan SAR mendapati objek berkenaan mampu sampai ke lokasi berkenaan dalam tempoh empat jam.

Katanya, berdasarkan maklumat wanita warga India itu berkemungkinan terjatuh di kedalaman 10 meter.

“Macam-macam kita (pasukan SAR) lakukan dalam lurang kumbahan termasuk menggunakan teknologi kamera.

“Pada hari ini juga, Agensi Nuklear Malaysia dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) untuk melakukan imbasan di lokasi,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top