Tanah runtuh di Penampang, warga emas tertimbus

Tanah runtuh di Penampang, warga emas tertimbus

Tanah runtuh di Penampang, warga emas tertimbus


am@hmetro.com.my

Penampang: Seorang lelaki warga emas berusia 97 tahun hilang selepas tertimbus, manakala seorang wanita selamat dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Sarapung di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 6 petang, wanita itu diselamatkan orang awam manakala operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan sehingga kini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Zeno Tinggalan berkata, pasukan penyelamat berdepan cabaran berikutan keadaan laluan masuk ke lokasi yang sukar dilalui.

“Anggota bomba terpaksa berjalan kaki sejauh tiga kilometer selepas jalan dinaiki air dan terhalang akibat runtuhan.

“Selain itu, keadaan tanah yang tidak stabil menyukarkan usaha menggali menggunakan peralatan sedia ada, justeru bantuan jentera berat sudah dimohon daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD),” katanya ketika dihubungi, tengah malam tadi.

Menurutnya, operasi SAR turut dibantu anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta penduduk kampung yang membantu memberi maklumat awal mengenai kejadian.

“Fokus utama kami adalah mencari mangsa lelaki yang dipercayai masih berada di bawah runtuhan rumah dua tingkat separuh kekal yang hampir musnah,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top